Saturday, January 30, 2021

TERIMA KASIH PWB ADAKAN BENGKEL BUNGA SABUN

Sambungan kisah hari tu ye.... macam mana kak Ija boleh terjebak dengan bunga sabun.....

Hari ni Kak Ija nak cerita pulak macam mana Kak Ija boleh belajar buat bunga sabun ni. Benda yang kita tak jangka sama sekali kan. 

Selepas Kak Ija dapat bunga sabun tu...... 2 minggu kemudian PWB (persatuan wanita berjaya) adakan bengkel bunga sabun dekat dewan rumah akak. Kehadiran adalah terhad. tak silap satu bengkel 30 peserta je. Kena daftar online. Akak tak nak lepaskan peluang.... akak terus daftarkan diri.

Bengkel ni dianjurkan oleh Adun Bandar Utama YB Jamaliah. Tujuan bengkel ni diadakan nak bantu suri rumah jana pendapatan dengan program-program yang mereka telah anjurkan. Setiap bengkel yang kita hadiri tak bayar pun. Semua disediakan PERCUMA. Jadi terpulang lah dengan kalian nak manfaatkan bagaimana dengan ilmu yang telah korang pelajari tu.

Ni sekitar Bengkel bunga sabun yang Kak Ija join setahun lepas. 

Alhamdulillah. 




Cikgu Bunga Sabun
























0 comments:

Post a Comment