Tuesday, January 5, 2021

MACAM MANA TERJEBAK DENGAN BUNGA SABUN

Hari ni tetiba mood berbunga-bunga nak cerita dengan korang semua macam mana Kak Ija boleh terjebak dengan bunga sabun ni....

Asalnya Kak Ija dapat bunga daripada sahabat Kak Ija sempena hari jadi je, tak silap tahun 2019. Setahun dah berlalu. Bunga pun masih ada lagi terletak elok.... bunga sabun yang Kak Ija dapat cantik sangat bau dia pun wangi.




Seronok sesangat bila dapat hadiah yang kita x pernah jangka kan. Terima kasih sahabat!




Masa Mula dapat bunga sabun ni kepala ligat duk fikir... macam mana sabun boleh jadi bunga ye🤔🤔🤔 diaorg kikis² ke nak bentukkannya jadi sekuntum bunga😒

HEBAT!!!

Masa otw balik KL.... bunga tu Kak Ija pegang je. Kak ija tgk satu persatu bunga tu. Tengok kejadian bunga tu macam mana. 

Sampaikan terdetik nak belajar macam mana buat bunga sabun ni...

Sebelum tido... boleh buka you tube lgi  baru tau depa buat bunga sabun macam mana☺☺😚

Tak pe..nanti kita sambung pulak... macam mana kak ija boleh belajar bunga sabun. Kat mana.. dengan siapa. Jom follow cerita kak ija ni😀


0 comments:

Post a Comment