Ikan keli SAMBAL |
Ikan keli ni senang je nak dapat...... macam kak ija, Kak ija beli je kat tempat kak ija tinggal ni je. Ikan dia dah siap siang, kita cuma perlu cuci dan bersihkan. Melampau le kalau kita beli, orang kedai siang... dia jugak yg cuci.
Perasan tak? Ikan keli tu ada lendir-lendir dan licin bila dipegang. Ramai yang cakap stress bila nak bersihkan ikan tu dengan bau dia yg hanyir.
Senang je wey....
Apa yg perlu dilakukan ialah....
Buang kotoran, basuh bersih2.... selepas tu rendam dengan perahan asam limau dan garam dalam 30minit gitu. Boleh guna limau kasturi, nipis. anggar 5biji limau kasturi@ 3 biji limau nipis.
![]() |
Ikan keli yang direndam dengan garam & asam limau |
![]() |
Dah siap di cuci bersih |
![]() | ||
Nak buat sambal kenalah goreng kan....seblm goreng letakkan serbuk kunyit, garam secukup rasa |
![]() |
dah siap digoreng |
BAHAN- BAHAN NAK BUAT SAMBAL IKAN
- Cabai masak
- Cabai burung
- Bawang merah
- Bawang Putih
Blendar bahan-bahan diatas
CARA-CARA NAK MASAK
Panaskan kuali, letak minyak.....bila minyak dah panas masukkan bahan2 yg diblendar tadi. masa sehingga pecah minyak....slowkan api supaya sambal yang dmasak tadi tidak merecik2. bila air dah kering, masukkan air sedikit air, air asam jawa, garam dan 3 sudu tea gula. kacau2 sehingga betoi2 masak. kak ija suka air sedikit kering dan bila tutup api dan tuang je pada ikan yang digoreng tadi.
Siap dah.....
![]() |
Bahan-bahan utk blender |
![]() |
Cili yg dah siap blendar |
![]() |
Ayer asam jawa |
0 comments:
Post a Comment