Sunday, October 8, 2017

MENGAPA FOLIC ASID PENTING?

Apa itu Folic Asid ?



Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa Folic Asid penting ?



Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi , antaranya : Sumbing Lelangit (Cleft Palate) , Kecacatan Pada Jantung (Congenital heart disease) , Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (Limb Reduction) dan Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (Urinary System).

Bila Folic Acid perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama.

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

Siapa yang memerlukan Folic Acid ?



Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Folic Acid yang diperlukan ?

Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehariWanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Sumber makanan yang mengandungi Folic Acid ?

Hati ayam
Daging
ayam
telur
Kekacang
Beras perang
barli
oat
Sayuran hijau
Buah
sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Folic Acid untuk kesuburan lelaki dan wanita ?


Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum , akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum , pembentukan placenta dan ketika janinditanam ke dalam rahim.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20-25%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi Kak Ija untuk keterangan lanjut.


Anda boleh membuat belian di mana-mana cawangan dengan harga Ahli. Saya boleh membantu anda mendaftar hanya melalui Online.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila berhubung melalui:
Pengedar Shaklee (SID : 927880)
call/sms/WA: 019-3036830
FB: Nor Azliza Sahin
CASH ON DELIVERY ➡
Area Kota Damansara, Ara Damansara, Kelana Jaya, One Utama, Kayu Ara, Damansara, Subang Bestari dan Bangsar..

0 comments:

Post a Comment