Monday, October 2, 2017

CARA NAK TANAM JERING!

Bila tak ada kerja, mula lah tercari-cari kerja kan.

Petang tadi..... Kak ija tak tau nak buat apa. Mula lah teringat kan jering tua yg dalam peti ais tu. Jering tu kawan Kak Ija yg bg. Permasalahan jering tu bila makan terasa manis2. Tekak ni bila terasa manis kureng le sikit.

Jadi mula le terfikir, kalau le tanam bertambah-tambah le sedap kan jering ni. Bila makan, masa gigit tu krup krap krup krap bunyi dia. Ada rasa pedas2  pedau bila kita kunyah.  Bau aromanya bisa buat perut terasa lapor terus capai pinggan nak makan kan!

Hah.... baru bg tau, perut dah rasa lapo. Cam mana tu 😂

Tanah yg ada kat umah ni pun x lah banyak.... ada le dalam sepasu.

Cara-cara dia, boleh lihat dekat gambo ye .


Buang kulit keras, tinggalkan kulit seraput luar tu je

Masukkan sedikit tanah dalam bekas, lepas tu baru susun jering kat atas tanah tu

Dah siap letak semua jering tu, timbuskan semua jering tu dengan tanah. Pastikan jering tu tertanam semua

Ni kejadian.... selepas 3 hari, start lah proses mengali berlaku. 

Cantik tak rupa dia, selera tak nak makan?

Hah kan dah siap.... apa lagi jom lah balun. Kalau dapat makan dengan sambal belacan, budu, alangkah nikmatnya. 3 pinggan nasi bertambah pun kita x sedorkan. Mak mertua lalu pun mau korang x perasan.

Jering ni jgn makan byk-byak tak elok. Nak makan banyakkan minum air ye !














0 comments:

Post a Comment