Saturday, September 30, 2017

MENGAPA PERLU MINUM AIR YANG CUKUP BILA AMBIL SUPLEMEN?

Mengapa perlu minum air yang cukup bila ambil suplemen?


Air merupakan keperluan utama makhluk hidup. 70% daripada tubuh kita adalah air dan otak manusia sahaja mengandungi 75 % air. Dalam sistuasi biasa sekalipun, kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari bersamaan lebih kurang 3 liter bagi menyokong keperluan tubuh.

Terdapat pelbagai kesan dan gejala kekurangan air termasuklah letih dan kurang tumpuan, pening, sembelit, air kencing kotor, mulut berbau, bibir kering dan penyah-hidaratan.

Lebih-lebih lagi jika kita mengambil makanan tambahan atau suplemen. Tak kisahlah dalam bentuk tablet atau liquid.

Pengambilan supplemen dalam bentuk cecair concentrated (yang sangat pekat), serbuk atau tablet yang diisi di dalam kapsul sangat memerlukan pembantu untuk membolehkannya diserap dengan baik oleh badan kita.
Kesan kekurangan air

Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Ia umpama mengacau satu senduk gula di dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag supaya gula mudah larut dan air yang dibancuh juga tidak terlalu manis. Oleh itu sememangnya menjadi keperluan untuk minum air yang banyak sesuai dengan keperluan tubuh kita pada ketika itu.

Selain itu, air amat diperlukan bagi memaksimumkan penyerapan nutrisi tambahan yang kita ambil, disamping akan memudahkan proses penyingkiran toksin daripada tubuh badan.

Kekurangan air akan mengakibatkan tubuh yg mengandungi banyak kandungan toksin menjadi lemah dan keletihan kerana kekurangan air utk mengeluarkannya dari tubuh.

Gejala pening akibat kekurangan air adalah diantara simptom kriris penyembuhan yang sering dialami. Otak manusia yang terkandung 75% air sangat memerlukan fungsi air bagi menyahtoksin. Oleh itu, walaupun kita hanya mengalami kekurangan sedikit air, ia berpotensi menyebabkan kepala pening.

Air yang diminum secukupnya juga dapat mengelakkan berlaku sembelit serta masalah pencernaan dan penghadaman. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat dan menghasilkan kencing kotor. Selain penyakit kencing kotor yang dapat dielakkan, ia juga dapat menjaga kesihatan buah pinggang.

Kandungan cecair atau bendalir yang tidak mencukupi di dalam mulut akan menjejaskan kesihatan sistem oral. Air diperlukan untuk membersihkan sisa makanan. Adalah berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan gusi dan mulut berbau busuk. Masalah bibir kering juga akan kerap berlaku apabila kurang minum air kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyah-hidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.


Banyak kan kebaikan minum air secukupnya untuk makhluk hidup macam kita ni?

Tak kiralah ambil suplemen atau tidak.

Tak kiralah makan vitamin atau pun tidak.

Begitulah bagi mereka yang memang mengamalkan makanan tambahan.

Dan yang lebih penting, pastikan suplemen yang kita pilih itu selamat dan semulajadi. :)

Healing crisis (krisis penyembuhan) pun akan jadi lebih teruk kalau kuantiti air yang sepatutnya diminum tidak mencukupi.


Ia bukanlah semata-mata kerana pengambilan suplemen sehari-hari, tetapi ia adalah keperluan asas yang sangat penting untuk dipenuhi untuk manfaat kesihatan secara optimum


WhatsApp sekarang:-
pengedar Sah Shaklee PETALING JAYA
☎ www.wasap.my/60193036830
☎ www.wasap.my/60193036830
☎ www.wasap.my/60193036830

Guide sepenuhnya, sekiranya anda buat pembelian dengan Ija. freegift menarik dan istimewa menanti anda!

Kak ija COD Kota Damansara, Ara Damansara, Kelana Jaya, One Utama, Kayu Ara, Damansara, Shah Alam Dan Bangsar.

0 comments:

Post a Comment