Tuesday, October 28, 2014

WOW.... 10KG DALAM SEBULAN!!!

Testimoni Berjaya

Assalamualaikum. ...

Untuk coretan hari ni... ija nak ceritakan pasal satu testimoni. Akak ni berjaya turun kan berat badan  dari 89.6Kg (sept 2014) kepada 79.2KG (okt 2014) wow banyak tu. Dalam masa sebulan 10.4Kg. Memang teruja sangat. Mahu tak teruja.... dalam masa 6 minggu selepas menjaga pemakanan dan pengambilan vitamin serta senaman.

Akak ni cuma konsisten Omega Guard, Herb Lax Dan cinch. Tapi bukan saja kurus dengan amalkan Shaklee semata-mata.... ada gak dengan bersenam dirumah atau bersama rakan-rakan selama 1 - 2jam setiap 6 hari.

Siapa kata tak boleh tu? Cer ketuk kepala tu laju-laju. Korang.... kalau kita ada azam dan semangat segalanya tak mustahil tau.

Ni gambar akak tu sebelum dan selepas... macam mana, jelesss tak?

Ok le korang.... banyak info ija nak sharekan dengan korang.. tunggu tau....

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan..... order, boleh hubungi:-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

MENGANTUK DAN LAPAR VITAMIN B PENYEBAB UTAMA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni Ija nak kongsikan dengan korang pasal sorang cust ni... dia br makan sebiji Vit B dah nak letgo kat orang lain. Alahai sayang....
mungkin dia tak tau kot kebaikkan dan kelebihan Vit B tu kan...Menurut cust ni, selepas dia makan Vit B dia berasa ngantuk dalam kelas dan selera makan bertambah.

Ada tak korang yg alami perkara dan tanda-tanda sedemikian? Sekiranya ada jom kita baca sedikit info mana tau dapat leraikan kesimpulan pada diri korang...

Salah penyebab korang kuat makan setelah amalkan Vit B ni...
-korang kurang minum air.
-Baru nak serasi dengan badan
-otak korang kuat berfikir pasal lapar dan teringat nak makan. Hah mcm mana kan.....

Jom kita baca apa Khasiat yang terdapat pada Vit B tu....

Khasiat utama vitamin B-Complex

1. Menukar makanan kepada tenaga
Membantu penghadaman
Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

2. Melawan tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu tumbesaran
menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Rambut beruban dan gugur
membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
mengurangkan masalah keletihan mata
mencegah katarak
meningkatkan kualiti penglihatan
perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia
membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut
baik untuk masalah senggugut (PMS),
meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah perlcche
dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
mencegah jangkitan lidah (glossitis)
nafas berbau

9. Detoksifikasi
meredakan alahan
Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik

mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)

Alhamdulilah... hasil perkongsian rakan-rakan FB dapat menghalang niat cust tu.....

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan..... order, boleh hubungi:-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA

Continue Reading

Saturday, October 25, 2014

ESP UNTUK KESIHATAN KULIT

10 Kelebihan ESP untuk Kesihatan Kulit

Memberi tenaga berpanjangan yang kesannya dirasai untuk beberapa jam, sentiasa kenyang best sangat untuk diet.

20 asid amino dalam ESP akan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan anjal. Anda akan nampak awet muda berbanding usia sebenar.

Menggalakkan pertumbuhan semula kulit dan otot serta mengurangkan kedutan,
Warna kulit kelihatan lebih sekata. Tak de banyak ton pada kawasan muka berbeza.

Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, kulit kelihatan halus-mulus, gebu

Rendah lemak, tanpa kolestrol

Insyaallah baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. Hormon yang tak stabil menyebabkan banyak jerawat di muka.

Membantu pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

Kecantikan kulit wajah dan rambut

Cara Buat Masker ESP Yang Sangat Senang

Anda perlukan:
Energizing Soy Protein ESP
Yogurt Ast (Tak mau yang ada buah ye)

Bahan-bahan:
ESP
Yogurt Plain

Peralatan
Sudu Besar
Mangkuk

Cara-cara buat Masker ESP:

1. Ambil 2 sudu besar yogurt asli dan letakkan dalam mangkuk
2. Masukkan sesudu besar ESP kedalam mangkuk dan gaulkan bersama yogurt hingga sebati.
3. Sapukan campuran ke kulit muka sehingga rata
4. Biarkan kering selama setengah jam
5. Bilas muka dengan air bersih
6. Ulang setiap hari untuk hasil yang lebih cepat.

set kecantikan muka shaklee

Optional.
Jika anda ada Vitamin E with grape seed extract Shaklee. Gaulkan bersama campuran ESP dan yogurt. Hasilnya lebih baik insyaallah.

Insyaallah kesan seawal 4 hari tu. Kulit nampak lebih segar dan berseri. Jerawat pun cepat kecut dan hilang.

Memang best sangat. Makan ESP pula galakkan pembinaan sel baru dari dalam. Kecantikan luaran pula kita buat masker.

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

ESP TERBAIK UNTUK KEHAMILAN

Assalamualaikum wbt...

Malam ni ija nak sharekan dengan korang kebaikkan ESP untuk ibu mengandung serta bayi dalam kandungan.....

1.) Sumber protein dan asid amino untuk anak dan ibu. Apa khasiat protein pada ibu mengandung ye????

Protein penting untuk perkembangan otak bayi yang berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi. Sumber protein yang cukup menjamin perkembangan otak bayi yang sihat

Penting dalam pembentukan otot bayi dalam rahim ibu. Memelihara dan membina otot ibu kerana kehilangan otot akibat kurang bersenam.

Khasiat protein membantu dalam proses kelahiran Sistem imun badan ibu melawan penyakit akan ditingkatkan dengan protein. 

Gandingan vitamin C dan protein sangat bagus untuk ini. ESP membantu penyerapan zat yang lebih optimum.

2.) Badan lebih cergas bertenaga.

3.) Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.

4.) Rasa kenyang lebih lama, berbanding kita makan nasi yang kenyang hanya sekejap.

5.) Meningkatkan metabolisme badan

6.) Kulit baby akan nampak lebih gebu

7.) Membantu tinggikan tahap kolesterol baik dan baik untuk kesihatan jantung. Jantung ibu bekerja 2 kali ganda sepanjang hamil untuk anak dan diri sendiri.

8.)  Membantu vitamin dari makanan dan supplemen diserap dengan lebih baik

9.) Membantu mengurangkan loya atau angin dengan memberi rasa kenyang lebih lama

Sebab tu, untuk set bersalin full set, sangat disarankan makan ESP.

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

TALASEMIA RAWATAN PESAKIT TALASEMIA (TALASEMIA MAJOR)

Pesakit Talasemia

Pesakit Talasemia (Talasemia Major) mengalami kekurangan sel darah merah yang teruk. Ia mewarisi daripada kedua ibu bapa yang merupakan pembawa gen talasemia.

Ciri-ciri Fizikal Pesakit Talasemia

Semasa lahir
● Bayi kelihatan normal
Semasa usia 3 hingga 18 bulan
● Bayi tersebut mula menunjukkan tanda-tanda anemia dan semakin kurus

Semasa anak membesar
● keadaan pucat menjadi semakin ketara
● Anak sentiasa lemah dan resah
● Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas

Tanda dan Gejala
Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit mengalami tanda gejala berikut:

● Tumbesaran terbantut
● Pucat (anemia)
● Perut membesar disebabkan pembengkakan hati dan limpa
● Perubahan pembentukkan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat) jaundis

Bagaimana Terjadinya Talasemia Major?

Apabila Ibu dan Bapa adalah Pembawa Gen Talasemia

Rawatan Pesakit Talasemia ( Talasemia Major)

Untuk memastikan pesakit talasemia hidup sihat dan sejahtera, mereka memerlukan rawatan berikut:

● Transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
● Rawatan penyingkiran zat besi 5 kali seminggu
● Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Jalani ujian talasemia sekiranya anda:

● Mempunyai ahli keluarga disahkan meghidap talasemia atau pembawa Talasemia.
● Seorang remaja / belia.

Jalani Ujian Talasemia satu dari 20 rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini

Vitamin Shaklee yang membantu pesakit Talasemia

***Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah:-

Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

Ostematrix(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Seseorang yang mempunyai talasemia wajib berpegang kepada diet tertentu. Makanan yang dianggap sihat bagi kebanyakan orang boleh menyebabkan komplikasi yang serius bagi pesakit talasemia. Talasemia adalah kumpulan gangguan darah genetik yang boleh menyebabkan masalah kehidupan kesihatan jangka panjang. Itulah sebabnya ia adalah penting untuk mengetahui makanan yang pesakit talasemia boleh dan tidak boleh makan.

Tips dan Peringatan

-Elakkan makanan yang mengandungi zat besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain. Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.
Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.
Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.
Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.
Talasemia juga dikenali sbg 'Cooley's Anemia'.

Sekian.....

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

Tuesday, October 21, 2014

CADANGAN SET KESUBURAN

Ramai yang nak hamil, tapi masih belum ada rezeki kata orang.....

Ya, rezeki tu milik Allah tetapi kita disuruh untuk berusaha, berdoa dan tawakal selepas tak tahu nak buat apa dah. Kahwin dah 3-4 tahun, tapi masih belum dikurniakan rezeki anak. Tak kan tak nak anak kan? Permata hati, penyambung generasi kita.

Jom, apa kata ikhtiar dgn Cadangan Set Kesuburan Shaklee pula. Set ini meningkatkan kesihatan suami isteri , badan lebih bertenaga dan kulit lebih cantik. Wahh… bukan je dapat tingkatkan kesuburan ye, malah lebih dari itu..

Best kan? Cubalah! Selebihnya kita bertawakal. Segalanya hanya dengan izin Allah jua. Kita hanya manusia biasa.Tetapi ingat! Jangan sesekali mudah putus asa untuk terus mencuba ye!

Cadangan Set Kesuburan Shaklee yang ingin Ija cadangkan kepada anda semua ialah........

Gla Complex – Memperbetulkan kitaran haid dan masalah PMS, senggugut dan mengecutkan fibroid dan cyst. Gla Complex juga membantu meningkatkan lendir kesuburan servik wanita. Memberi perlindungan kepada sperma untuk bertahan hidup lebih lama sehingga 5 hari di dalam tiub follopio. Kebarangkalian untuk persenyawaan adalah tinggi

Zink Complex – Penting untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma yang sihat dan kuat. Ia juga bertindak melindungi sperma dan mengelakkan bakteria di dalam vagina.

B-complex – mengandungi semua vitamin B dan asid folik bagi persediaan untuk hamil dan mencegah kecacatan spina bifida. Memberi tenaga dan mengurangkan kecacatan kromoson pada sperma

ESP – Menguatkan rahim bagi yang mudah gugur. Protin penting membantu kesuburan sperma dan ovum. Protin adalah makanan pada sel tubuh.

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

CADANGAN TAMBAH BERAT

Assalamualaikum wbt

Bukan semua orang nak kurus, ada juga orang yang sentiasa kurus sehingga jadi kurang sihat berbanding yang sepatutnya. Body Mass Index (BMI) pun di bawah garisan yang sepatutnya.

Kurus juga haruslah sihat dan seiring dengan keperluan aktiviti kita. Jika anda merasakan anda sangat kurus sehingga mengganggu aktiviti harian dan kerap sakit, inilah masa yang sangat sesuai untuk anda mencuba CADANGAN SET TAMBAH BERAT BADAN dari Shaklee ini.

Set ini merupakan rangkaian 3 supplement (makanan tambahan) yang dicadangkan untuk membantu anda menambah berat badan dengan sihat.

Apa yang anda perlukan?

>Secara basicnya memadai Vitalea, B Complex dan Meal Shakes!
jom kita tengok apa ada dengan meal shakes, vit B dan vitalea.

1) meal shakes
- Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.
> protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..

2) vitalea
-  Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

3) vit B complex
-  B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.
>mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA
Continue Reading

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda.
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan.
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredarandarah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh.
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Sumber: Blog Ery
Continue Reading

Thursday, October 16, 2014

SEJARAH AKU KENALI SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam ceria buat pengunjung Semesti Sihat. Anda semua apa khabar, harap sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

SEJARAH AKU KENALI SHAKLEE

Hari ni macam best je Ija nak kongsikan dengan korang semua macam mana ija ni boleh terjebak dengan DUNIA SHAKLEE sedangkan Ija tak tahu menahu pun apa itu shaklee. Teruk tak???? Mesti le teruk, sebab Shaklee ni dah lebih 50 tahun tapi Ija tak tahu ianya wujud.

Rasanya kalau ada yang post kat Fb pun Ija akan buat tak kisah je, jenis Ija kalau ingin kan sesuatu akan google dulu dan akan usaha dapatkan sendiri kalau tak boleh baru order online. Hish berlagak kan......... ada sekali tu kawan ija  (mamy Shaklee ku kini) tag kat kita CADANGAN SET BERPANTANG SHAKLEE kat kita...masa tu kita pregnant tp kita mesej baik-baik kat dia bagi tau " kita dah beli pun persediaan BERPANTANG, sorry ye bukan tak nak beli. Nanti kita nak beli kita bg tau ko ye..."lebih kurang gitu le kita mesej kat dia.... serba salah pun ada!!!! ( hati kawan kita kena jaga ). Betoi tak tipu kita dah pun beli SET AIR MANCUR ketika itu. sebab ianya lengkap ngan Pilis dan Param. Ija dari anak pertama, kedua guna yang tu termasuk anak ketiga dah guna produk tu, memang beli awal-awal supaya tak kelam kabut. InshaAllah anak ke Empat ada rezeki nak beralih arah ngan SHAKLEE pulak sebab ramai dah akui ianya TERBAIK dan KEKAL BERTENAGA, walaupun seminggu dalam pantang. Tu yang teruja nak mencuba.

Bila bermulanya detik-detik bersama SHAKLEE ni ye??

Ok kita nak cerita kat korang ni.... apa yang kita ingat le:-

Masa Pregnant 8 Bulan

Masa kandungan ija 9 bulan berat ketika itu 78KG, naik sebanyak 20KG tau dah le pendek gemuk dah macam ayam katek pulak bila berjalan....

BILA DAH BERSALIN....... sebulan pantang timbang berat turun sebanyak 12KG je. memikir ni badan berisi lagi baju kerja masih tak muat. macam mana nak kerja nanti. nak pakai baju apa???? hurmmm..... tak pe lagi sebulan boleh turun lagi ni...... cuba berfikiran positif. Sampai le hari 40 berpantang berat 3KG lagi turun, maknanya masa tu berat kita 63KG le try baju kerja masih tak muat dah macam sarung nangka je bila di pakai, sedihnya ketika tu hanya Allah yang tahu.... Apa lagi google dan terus mengoogle akhirnya terbaca le KURUSKAN BADAN BERSAMA SHAKLEE BAIK UNTUK IBU MENYUSU BAYI TIDAK MEMUDARATKAN BAYI, ramai gak yang komen positif malahan berkesan. Ketika itu terlintas le untuk mencuba HERB LAX. Apa lagi tanpa berfikir panjang kita mesej Mamy Shaklee kita ( Ida Rashid ) nak order HERB LAX kat dia.

Kurus tapi masih berlemak tepu
Esoknya barang yg kita order pun sampai kat umah. Kita pun mesej le tanya mcm mana nak makan.... tak sabar nak tunggu malam hari tau.. nak telan HERB LAX punya pasal. Hah sebelum tido kita telan le 4biji HERB LAX tu....... dia bg tau proses ambil masa 8 - 10 jam... esok pagi tak buang pun. Tipu le ni... tah apa-apa tah. Kita dah fikir bukan-bukan. Tak pe le kita tunggu lagi le............ Masa tengah duk masak untuk makan tengahari perut tetiba memulas-mulas sakitnya Ya Allah, mujur le masa tu dah nak habis masak. Cepat-cepat kita selesaikan memasak.... terus kita g tandas. Ambik ko.... memang TERBAIKLE......... buang habis. Perut ni terasa ringan je. Lega sangat.

Kita pun mesej le dia bg tau kat dia..... ubat ko tu berkesan le. Nyesal aku order sekarang, kalau aku tau dari dulu aku dah order, punya le aku duk tahan sembelit, takut-takut nak buang air besar masa pantang tau sampai kena guna ubat pam... nak teran takut jahitan terbuka. hah mula le tanya dia apa lagi yg bagus tuk kurus...... dia bagi tau LECITHIN. Kita Tak berani nak order Lecithin sebab anak ada G6PD... kepala otak ni mesti fikir semua soya tak sesuai untuk budak G6PD. Takut wey..... siapa tak sayang anak. dia ckp okle kalau tak nak. Tapi kita tak stop kat situ tau...... sambil menyusukan anak kita google lagi kebaikkan LECITHIN... baca komen-komen pengguna yang mana anak ada G6PD. ada gak yang ambil LECITHIN.... Kitapun mesej kat dia nk try le........

Dua hari lepas tu....LECITHIN tu pun kita terima... buat permulaan kita makan 2 biji je..... ambik ko berpeluh-peluh macam air kencing. Lepas tu kerap pulak tu ke toilet membuang air, KERAP KENCING dan BERPELUH salah penyebab BAKAR LEMAK berlaku Tapi kita tak risaukan yang tu, apa yg kita risaukan baby kita tu. kejap-kejap kita intai dia, okey ke tak? Alhamdulilah baby kita okey. Slow-slow kita upkan pengambilan LECITHIN dari 2 biji kepada 4 biji seterusnya 6 biji sehari, alhamdulilah baby pun serasi.  korang nak tau..... LECITHIN hari-hari kita makan, HERB LAX seminggu 2 kali je kita makan tau. kita sedar sebab kita menyusukan bayi, tak mahu memudaratkan dia.

60hari selepas bersalin........

Kita pun dah mula kerja kembali..... paling best baju kerja kita ngam-ngam je tau. tak pele janji boleh pakai kan. Nak buat baju baru membazir le pulak. Sebab masa tengah pantang sebulan tu kita dah antor notis berhenti kerja. Nak berhenti kerja kena ada notis 3 bulan awal... Jadi pakai le mana ada, pekakkan telinga apa org nak cakap. Ada gak dengor orang cakap Ija dah kurus, ada gak yang cakap berisi sikit le, tapi ramai yang cakap Ija dah kurus. Kat tempat Ija paling populor " mesin Timbang" sebab sebelum makan kitaorg mesti kena timbang dulu, berat dah 60kg masa tu. Biasa le kerja nurse mesti le penimbang berat benda paling wajib ada kat tempat kerja. Hari-hari timbang stress gak berat macam tu gak tak ada perubahan.... tapi peliknya, baju dan seluar makin longgar mungkin sebab kita makan LECITHIN tu yang SUSUT INCI. Pat yang paling susah dah tentunya tang perut, peha dan pinggul. Tu perlu ambil masa sedikit, semua ni x patahkan semangat kita untuk kurus.... setelah sekian lama amalkan shaklee ni berat kini 50KG. Lambat sikit turun sebab kita kuat makan dan suka makan malam. Makan sekali ngan En. Abg, Takkan nak biarkan dia makan sorang-sorangkan tak syok le.

Baju Hitam aku yang Terkini

Panjang ke kita bercerita? korang boring ke? Mana yang tak boring tu teruskan baca ye.......

SEBAB AKU MEMILIH SHAKLEE

Ni kita nak cerita macam mana kita sampai boleh  join BISNESS SHAKLEE......

Dah makankan.... mesti le berminat nak tau apa kelebihan kalau dah join ahli. Macam-macam kita tanya mamy kita ni tau...lagipun mamy kita ni rajin melayan kita... kawan baik pun. kawan masa kerja tol dulu... otak giler-giler, Dia berhenti kerja tol pun kami masih lagi berkawan rapat. Kaji selidik dia dulu pasal shaklee... rupanya atas dia ni adik dia. Masa tu pangkat adik dia ( Ajuya Rashid ) coordinator. Fuyoooooo orang berjaya atas dia rupanya. patut le dia pun berjaya gak. Dia lak pengaruh kita macam-macam  bagi tau itu dan ini pasal Shaklee ... semuanya baik-baik. .... sampaikan susah kita nak tolak... apa ubat guna-guna yang dia pakai ni sampai kita teringat-ingat. Dia bg tau.. kalau nak FREE MEMBERSHIP kena buat belian RM680 pos RM10 dalam satu resit. Kita pun kumpul order kat tempat kerja ramai gak le yang order sampai Rm800 belian tau. Alhamdulilah rezeki dah le free membership free pos lagi. Bermula le diri ini bergelar Shaklee Independent Distributor ( SID ) pada 31 MEI 2013 gitu le lebih kurang cerita dia hehehe....

Sebulan dua income tak banyak pun.... 2 angka je sebulan, cust tak ramai, baru nak jinak-jinak. nak share pun malu. Sampaikan Nany Ajuya bertanya ada masalah ke senyap je, kalau ada malasah Share ngan dia. Bulan ketiga apa pun tak dapat sebab malas buat. Nak tau tak sebab apa malas nak buat, otak fikir negatif tau. Korang tau x apa kita fikir...... nak tau tak??? Ala kang aku buat orang atas yang untung... sedangkan aku????  Rupanya tanggapan aku salah sama sekali............ tak.........  dalam Shaklee siapa yg berusaha dia boleh melangkah jauh. boleh potong orang atasan rupanya. Tak ada istilah goyang kaki. Bulan ke 4, apa lagi..... aku pun mulakan langkah satu persatu. pasang target.... akhirnya bulan ke 7 aku naik pangkat menjadi SUPERVISOR. Ni pun berkat dan pertolongan kembarku Fizah Sahin, sekarang dah jadi anak shaklee ku. Income dia pun dah banyak. Alhamdulilah..... rezeki anak-anak, rezeki suami, rezeki abah di kampung dan rezeki ku sebagai suri rumah. Apa paling happy aku mampu meneruskan salur kewangan kepada abah setelah 6 bulan tak bagi apa-apa pun. Dulu tak kerja nak bagi kat abah pun.... abah pun berat hati nak terima. sebab dia tau aku tak bekerja, sekarang duk rumah income 4 angka sebulan dapat le membantu suami dan sedikit perbelanjaan utk abah...... IJA SAYANG ABAH! Abah ni salah satu push factor untuk Ija berjaya dalam  Dunia Shaklee ni.......

TULANG BELAKANG KEJAYAAN AKU

Kembarku yg banyak berjasa dan membantuku

Push factor aku Untuk berjaya
Orang kuat yang x habis-habis bagi motivasi En.Abg dan kekuatan aku adalah anak-anak
KENALI SUSUR GALUR KU......YANG MEMBIMBING AKU UNTUK BERJAYA

BESTNYA GROUP DAN SUSUR GALUR Ija ni sebab semangat berpasukan ......tak kedekut ilmu. sentiasa ada kelas, hari-hari ade je kelas. siang malam pagi petang tak kira masa. sampaikan ke toilet pun boleh ikuti kelas bimbingan diaorang . punya le BEST. hehehe.... tau ke korang kelas apa tu??? tu le kelas WhatsApp group dan FB group yang mereka tubuhkan. terbaru ni GERAK GEMPUR BLOG # 3 bersama Master Nadiah 2 malam berturut-turut. Kelas luar dari on line pun diadakan, salah satu nya kami terjah ke rumah Master Nadiah untuk menuntut Ilmu.

Susur Galurku Dalam Dunia SHAKLEE

Masa Celebration Master Laila

Coaching Class kat rumah Master Nadiah

Okey le korang.... rasanya cukup sampai sini saja coretan ija. InshaAllah ada lagi sambungan tau. Sebab ija tak terjebak dengan LECITHIN & HERB LAX je... banyak lagi yang ija ambil dan amalkan antaranya Cadangan Set penyusuan, Set Kecantikkan, Satu Set Pencuci Muka Enfuselle. kini kami satu keluarga PENGGUNA TEGAR SHAKLEE. Benda baik buat apa kita simpan..... kita kena shaklee kan dengan semua.

Untuk Order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah....pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank nak COD SHAKLEE dikawasan berdekatan AZLIZA SAHIN seperti Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara Kota Damansara boleh hubungi AZLIZA SAHIN.

"Dapatkan Produk Shaklee dengan harga yang istimewa sekiranya anda mendaftar sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Pelbagai keistimewaan yang bakal anda perolehi sebagai Ahli/Pengedar Shaklee. Berminat untuk mendaftarkan Ahli/Pengedar Shaklee boleh SMS/WHATSAPP saya di nombor yang tertera atau PM di Facebook saya."

Yuran Keahlian sebanyak Rm75 seumur hidup. 
(Termasuk Rm10 untuk penghantaran Kit Ahli)

Sebarang pertanyaan, pengambilan.... order hubungi;-
PENGEDAR SHAKLEE
SID : 927880
SMS / WHATSAPP : 0193036830
FACEBOOK : Azliza Ija
LIKE FB PAGES : Kedai Vitamin Damansara & KelanaJaya
BLOG : semestisihat.blogspot.com
EMAIL : azlizaija@gmail.com
COD : Kelana Jaya, Damansara, Tropicana, Kayu Ara, Flora Damansara & Kota Damansara
POS LAJU : SELURUH MALAYSIA

Continue Reading

Wednesday, October 15, 2014

JOM BEDAH OSTEMATRIX

Kredit dari Master Amir, terima Kasih atas perkongsian berkaitan Ostematrix hanya Allah yang dapat membalasnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Semalam kita dah bedah ESP soy protein, hari ni kita nak bedah Ostematrix le pulak. Mesti korang teruja nak tau kan perkara yang berkaitan dengan Ostematrix. Apa tunggu lagi jom kita huraikan persoalan demi persoalan yang selalu orang bangkitkan......

PRODUCT KNOWLEDGE- OSTEMATRIX 
Hari ni Ija nak share bersama pengunjung blog Semesti sihat berkaitan dengan product Ostematrix dimana ia adalah salah satu product Shaklee yg paling murah & memberi kesan yg cepat pada tubuh badan kita. 
Sharing kami terbahagi kepada 7 elements iaitu :-

a) Fungsi
b) Gejala Kekurangan
c) Sumber Makanan
d) Siapa yg perlu
e) Shaklee Difference
f) Remarks/Testi
g) Jadual Makan/Dos

Semoga kita sama2 akan mendapat keberkatan dan ilmu ini akan menjadi saham kita di akhirat kelak.

Soalan berkaitan ostematrix:-

1)
Q : Boleh share x pengalaman selepas pengambilannya Oste?
A : -Tiada lagi kebas tangan n kaki spt sebelum ni.
-Selamat tinggal MIGRAIN
-Tidur dengan lena
-Mudah bangun pagi
-Pagi2 dah membuang sbb lawas. Takde dah sembelit
-Hilang sakit gusi
-Salah satu item dlm set sendi, sendi2 dah x sakit lagi.

2)
Q : Funsi Ostematrix?
A : - Menguatkan tulang
- Menguatkan gusi dan gigi
- Membantu sistem penghadaman
- Mengatasi sembelit/melawaskan
- Membantu mengurangkan kerengsaan pada sendi
- Membantu pembentukkan tulang bayi dlm kandungan
- Mengurangkan migraine
- Menagawal tekanan darah

3)
Q : Apakah gejala kekurangan dlm pengambilan Oste?
A : -Oste ada vitamin D yang bagus utk bf mom sbb if xcukup Vit D, baby akan terganggu dari segi sistem imun, autism, asma n byk lagi (>200 penyakit).
-Sembelit
-Susah tido mlm
-Gigi rapuh
-Kebas kaki tangan
-Susah n lesu bila bgn pagi
-Otot kejang, kebas
-Cepat penat
-Metabolisme rendah
-Tumbesaran tbantut
-Hyperaktif

4)
Q : Ostematrix dari sumber apa?
A : -kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, copper & zinc
-Dari sumber semulajadi yg mudah diserap.

5)
Q : Apa fungsi Vit D & Magnesium?
A : - Vitamin D n magnesium yg terdapat dlm.oste ini merupakan sumber penyerapan yg paling efektif serta boleh mengelakkan dari batu karang

6)
Q : Siapa pula yg memerlukan ostematrix ini sebenarnya?
A : -ibu mengandung
-ibu menyusu
-org tua
-org yg ada penyakit berkaitan tulang
-sakit sendi
-mereka yg sembelit/buasir
-mereka yg kerap migrain.
-insomnia
Share dari institut kesihatan kebangsaan menhesyorkan :
1000 mg sehari : bagi wanita normal
1500 mg : bg wanita pasca putus haid..
-Kenapa wanita diutamakan?
-Kerana WANITA lah paling mudah diserang penyakit OSTEOPOROSIS.

7)
Q : Boleh x oste matrix diminum bersama susu?
A : Oste boleh diambil dgn susu

8)
Q : Sebut tntg kuantiti pengambilan oste ni,,cadangn pemakann oste ni adalah 4 biji. Mengapa disarankan 4biji sehari dan jadualnye harus diambil sebelum tidor ye?
A : -Sebab itulah disarankan ambil sebelum tidor. Apabila waktu tidor,badan kite dlm keadaan rehat so tubuh lebih mudah menyerap banyak kalsium dgm mudah. So bile bangun pagi,tulah badan terus terasa.segar dan bertenaga
-Amek malam sbb kajian mgatakan oste lebih bkesan dan diserap sepenuhnya dlm masa 12jam.

9)
Q : Berapa harga sebotol oste ni kalo retail? Dgn ahli? Kos sehari mcm mana pulak yer?
A : -Harga retail rm61.
-Harga ahli rm49.
-Kos sehari.
1 biji oste = 1 gelas susu
If 4 biji sehari =.4 gelas susu
1 gelas susu rm2,
4 gelas susu rm8
Tapi 4 biji oste hnya rm2 sahaja utk sehari

10)
Q : Boleh tak makan lebih dr 4 biji oste shari?
A : Boleh. Mengikut keadaan badan seseorg itu. Cth kalo dia patah2 tulang, Dia memerlukan kalsium yg lebih. Vitamins shaklee ni xde masalah sbnrnya ambil secara berlebihan mengikut keadaan sesorg tu. Sbb dia pun dr sumber yg semulajadi. Bukan bahan kimia atau ubat2

11)
Q : Start dr umur bape yer leh mkn oste?
A: -12 tahun ke atas boleh mkn mengikut keperluan badan seseorg.
-Umur 12 keatas memerlukan 1200mg.. so sepatutnya boleh 4biji.